Yayasan Orang Buta Malaysia adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan dibawah Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan khusus kepada OKU penglihatan termasuk berkaitan teknologi bantuan ('Hardware / Software'), pendidikan dan kebajikan.
Kami memperjuangkan akses dan kesaksamaan, dan berusaha untuk berkongsi faedah teknologi baharu, sama ada anda kehilangan penglihatan, buta ataupun separa rabun, kami boleh membantu anda menghadapi masa depan dengan yakin.
Membina Komuniti OKU penglihatan mempunyai akses dan peluang yang sama selari dengan peredaran zaman.
Untuk menyokong OKU penglihatan dan penglihatan separa dengan menyediakan dan melengkapkan mereka dengan bantuan teknologi yang berkaitan.
Untuk membangunkan dan menggalakkan modal insan insklusif di kalangan masyarakat OKU penglihatan dan separa penglihatan melalui program latihan kemahiran dan vokasional.
Untuk meningkatkan kualiti hidup bagi OKU penglihatan dan separa penglihatan dengan mewujudkan peluang akses yang sama rata dan penyertaan yang lebih besar dalam masyarakat berasaskan hak inklusif.
Untuk menyokong pengunaan akta OKU 2008, konvensyen hak untuk orang kurang upaya, dan mana-mana undang-undang dan dasar yang berkaitan.
Kami menghubungkan keluarga dengan pengetahuan dan sokongan.
Kami membimbing pengunaan alat teknologi bantuan.
Kami mereka-bentuk dan menawarkan kursus untuk mendidik profesional dalam bidang tersebut.
Kami menyediakan program latihan kemahiran dan vokasional untuk orang buta dan separa penglihatan.
Kami membantu mewujudkan kesedaran tentang hak orang kurang upaya seperti yang diperuntukkan dalam akta OKU 2008.
International Council for Education of People With Visual Impairment (ICEVI).
Malaysia Council for Rehabilitation (MCR).
Hakimi Hj Hassan
Pengasas & Ahli Pemegang Amanah
Silatul Rahim Bin Dahman
D.J.N , K.M.W
Ahli Pemegang Amanah
Mohd Zulkifli Bin Jaafar
Ahli Pemegang Amanah
Sakinah Hassan
P.J.K
Ahli Pemegang Amanah
Pengurus Pentadbiran
Pegawai Penerbitan & Jurulatih ICT
Pegawai Komunikasi Korporat
Pegawai Kebajikan
Pegawai Komunikasi Korporat