Kehadiran para sukarelawan menyuntik semangat, memberi harapan dan membangkitkan keyakinan kepada kami melalui setiap usaha dan bantuan yang dihulurkan. Kami mempunyai pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang mana sesuai untuk semua orang, semua latar belakang, semua bangsa dan agama. Kami memang sentiasa menghargai anda.
Lazimnya, aktiviti kami diadakan secara fizikal dan diatas talian, seperti:-
Sambutan Hari Perayaan (Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas, Hari Tongkat Putih Sedunia, Hari OKU Sedunia dan pelbagai sambutan yang lain.
Agihan bantuan makanan, bahan bacaan Braille dan lain-lain di Lembah Klang atau luar kawasan.
Acara-acara penganjuran tunggal atau bersama seperti larian amal 'EYESHADE RUN', 'SELAYANG SUNGLASS RUN', dan sebagainya.
Penghasilan bahan bacaan Braille seperti khidmat 'Data Entry', 'Proof Reading', dan lain-lain yang berkaitan.
Kami menghargai setiap kemahiran, kepakaran dan semangat anda supaya bersama-sama kami dapat menyokong OKU penglihatan dan separa penglihatan untuk menjalani kehidupan yang lebih yakin dan berdikari.
Berbincang dengan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara anda boleh menyertai kami.