Yayasan Orang Buta Malaysia adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan dibawah Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan khusus kepada OKU penglihatan termasuk berkaitan teknologi bantuan ('Hardware / Software'), pendidikan dan kebajikan.
Kami juga adalah vendor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi barangan berkaitan OKU penglihatan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan tentang kesedaran awam mengenai OKU penglihatan melalui kursus-kursus yang dianjurkan seperti DAT, acara bersama pihak kerajaan dan swasta secara berkala ataupun tahunan.